Sep 22, 2008

Weekend

Weekend hari tu banyak aktiviti, seronok jugak... on saturday lepas sahur I polish rumah sebab nak balik rumah mak lepas buka nanti lepas tu most probably balik rumah tu semula after raya... so kemas la mana yang patut. Malam buka di Century Mahkota dengan si comel dua orang tu. Actually kekadang drag jugak nak bawak kanak2 tu gi berbuka diluar sebab kadang2 out of control sikit. Bila ada band ke apa ke... they prefer to sit near the stage which is so far from our table.. keamanan nak mentekedarah tu ada terganggu sikit and kanak2 tu pun tak tentu arah nak makan. Tapi sebab dapat makan free, gi la jugak... wasting la pulak kalau tak pergi.



Sahur next day, I found that we had 4 type of masak asam kat rumah mak... one which I made the day before (tetel masak asam), another tetal masak asam from angah and there are 2 other masak asam ikan. Maybe we had sychronized mind atau telepath among ourselves or instinct la kot... hari ni masak asam... tu yang jadik gitu tu... so, takpe la... asalkan bahagia....



Tapi the best part, on sunday we had sambal tempoyak petai which is my family fav dish. Masak giler banyak sebab tak risau, sure habis punya.... So, I would like to say to my other siblings yang tak dapat balik kampung hari tu (brothers), anda adalah dalam golongan orang-orang yang rugi kerana tak balik hari ahad.... tengok gambar je la ye... hihihihi... (tanduk dah kluar)


Besides fav dishes during the weekend, seronok tengok kanak2 tu dapat jumpa their cousins. Anak along and mine are in the same age range.. so, they played sampai berpeluh... Rasanya kalau uzma main camni every day ada harapan slim la... Campur ngan anak angah tapi diorang dah besar sikit... and we went to visit ateh kat alor gajah... sahur kul 11.00 malam (moreh) kat umah ateh.

So, raya tahun ni, ramai jugak. Basically everyone are here but not at the same time. for the past few years ada je yang tak dapat balik raya. Either ateh atau alang la. Hopefully, bila diorang ni dah tak larat nak kerja dok je kat m'sia ni... boleh la buat aktiviti kekeluargaan selalu2.

Sep 18, 2008

Friends

Dah lama tak melepakkan diri kat blog... busy la... terlalu banyak kerja dan bulan puasa ni rasa macam sentiasa tak cukup masa. Banyak sangat aktiviti. Daripada bangun sahur sampai la nak tidor malam ada je benda nye... buat ke seratus kalinya aku kata aku nak jadik full time housewife...

Teringat pulak kat kengkawan seangkatan... How they handle life so far... My circle of close friends tak la ramai sangat. Sejak kerja di UTeM ni, besides hubby, I have 2 other very close friends. Dari time anak dara dulu, ada je aktiviti merepek meraban yang dibuat... Among the three of us, I'm the eldest la... then wanni next jija... Wanni (left) dah ikut hubby dia study di UK... dah kurang la berborak.... sebab bila dia call aku memanjang je takde kat ofis... harapkan msg kat blog dia la... Jija (center) ada kat UTeM lagi... dok kat Korporat tu... korporat ke keparat... hihihihi... yang ni pun satu... bila aku free dia manjang bz ngan function, bila dia free aku pulak merayau ngan kursus aku tu... Kalu ada time free dapat la kuar bfast... tapi time bulan pose ni... bila masanye... hari tu kejap dapat buka sesama, tu pun sebab nancy ajak... kalu tak, selamat hari raya le... Gambar ni time kami camping kat Taman Negara...

I got married first in 2004, wanni in 2005 and jija 2006. so, anak kami pun tak jauh beza... hihihihi... Nurin (right) anak wanni, Raul (center) anak jija and uzma (left) is mine. Orang kelantan kata 'come'.
Jija and wanni cepat la dapat lagi sorang, sama seri ngan saya... hihihihi...



Anyway, actually I don't have much to write, still tired with chores so idea tak nak mari....

Sep 10, 2008

Buka



Semalam lepas balik dari kampung, terus ambil bebudak dari sekolah... Tapi punya la bercinta nak balik masak sebab dah kul 6 lebih. So kami pun menujulak ke Giant... buka di Pizza... dah lama gak tak makan pizza. Hubby aku sorang ni tak minat pizza tapi sebab dia tau aku punya la giler pizza, ikut je la...




Masa pregnant dulu, tiap2 minggu makan pizza, dua kali pregnant... dua kali la aku ngidam pizza... Tapi sekarang dah kurang sikit... takat kalau ada masa dan terasa nak makan tu pergi la...




maisara (akak) tu tak berapa nak makan, so dia makan mushroom soup ngan breadstix je... tu pun dah sedawa 2-3 kali... yang sedap tengok makan uzma (adik)... makan chicken speghetti, lepas tu soup ngan breadstix... balik umah mintak susu pulak... tu yang badan boleh tahan la.. cam aku gak.. hihihihi...

Al-Fatihah

Semalam aku menerima khabar berita yang kurang baik. Biras aku (Ila) yang sedang mengandung 6 bulan dikhabarkan anak dalam kandungannya telah meninggal dunia. Innalillah... Sepatutnya, semalam nak keluarkan baby tu dan terus nak hantar ke kampung untuk uruskan jenazah. Tapi tak kesampaian sebab Ila masih belum sakit nak bersalin. Nak kena tunggu ke?.... Hari Isnin malam masa aku melawat, katanya air ketuban dah dikeluarkan, darah pun dah berenti... tapi nak kena tunggu sakit baru nak keluarkan. Subhanallah... apa la khabarnya baby dalam perut tu...

Kesian jugak aku tengokkan Ila tu, dah naik pucat muka dia... nampak sangat dia frust dan sedih... Baru je bulan lepas sebelum puasa, aku ada buat makan2 kat rumah, dan dia datang... masa tu aku baru tau dia mengandung... mana tidaknya jarang dapat jumpa... Aku tengok perut kecik je... tapi takde la suspect apa-apa sebab masa aku pregnant 1st baby dulu pun, masa 6 bulan aku still boleh pakai seluar jeans...

Tapi Allah lebih menyayangi baby tu... mungkin ada hikmah disebalik semua ni yang kita tak dapat nak tau sekarang... Aku harap2 dia pun dapat terima ketentuan Ilahi ni. Insyaallah, ada rezeki lagi nanti. Tengah hari ni aku nak gi tengok dia kat sepital, kot-kot dah bersalin.

Sep 8, 2008

Pencuci Mulut

Time buka pose ni sure nak kena ada pencuci mulut.. sehari dua tu boleh la layan buah, kejap tembikai, kejap tembikai susu, kejap limau... tapi kalu hari2 buah mau terbeliak jugak mata...

Minggu lepas ada la buat agar-agar roti, kot ada yang dah pernah buat, ok la... yang tak pernah buat, try la... dapat resepi ni pun dari my staf kat ofis. Sonang je... setengah jam pun dah boleh siap. Balik kerja tu sementara tengah tunggu ayam/ikan defrost tu, boleh la cairkan agar-agar, campurkan gula sesedap rasa ngan gula batu sikit... sementara tu, blendkan roti dalam empat keping dengan susu pekat satu tin, campur sikit esen vanila...

Nanti campurkan kedua adunan agar-agar dengan roti... deco la sikit dengan kaler merah, bagi nampak ada corak sikit... lepas tu masuk dalam freezer... by the time buka... dah keras dan boleh makan...

This week nak buat caramel gula hangus lak... I'll take pictures next time... (camera tak pernah nak caj... tu yang tak pernah nak terambik gambar... hihihi... :) Anyway, happy trying...

ESQ

I just came back from ESQ Leadership Training. Now I'm an alumni of ESQ which is very meaningful to me. For others yang pernah pergi kursus ni, you'll understand what I mean. Yang tak sure apa ke benda ESQ Training ni, I encourage all of you to join this.

I went there with some colleages and bosses... join staff from other organizations. I found that Petronas has made this course a culture, there are some other organizations as well which I'm not familiar with, there are also families yang dah jadi alumni. The gist of this course is muhasabah diri dan kembali kepadaNya and how to success in the name of God. Ramai gak non-muslim yang jadi alumni, since this is not a religous course, they will suit the input to their beliefs and purpose.

I am in a process of readjusting my life for Allah, please pray for my success as we know the enemy is always lurking to find our weaknesses and destroy our faith.

Subhanallah....

Anakku Demam

Sep 4, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ni hari ke empat puasa.. seronok gak walaupun actually sama je every year pun. Yang tak berapa nak syok tu sebab kerja aku yang naturenya asyik nak kena kluar ni menyebabkan aku rasa nak berenti kerja pun ada.. Best gak kalau jadi full time house wife ni...

Tapi ku gagahkan jua... hihihihi... nak carik makan biasa la tu... Kerja gomen, tapi bznya lain macam. Mungkin sebab badan berkanun gomen lain bznya dengan federal gomen... tapi tak leh nak komen la...

Pagi buta tadi aku dah masakkan lauk sahur bersekali dengan lauk berbuka pose petang karang... Ikan sepat masak lemak cili padi ngan nenas, sambal belacan (permintaan hubby) ngan sayur kobis je... petang ni, just tambah sayur goreng ngan ikan goreng untuk tuan puteri berdua tu (kalu tengok diorang makan, seronok... nasi putih ngan kicap pun jadik le...).

Semalam masakkan kari ikan bawal... seronok tengok hubby aku makan, siap bertambah... tu yang buat aku rasa berkobar nak masak lagi tu... lelama cam suka pulak walaupun kena bangun pagi buta masak. Tapi malam ni aku kena gi KL, so ada harapan cik abang aku tu tak bangun sahur... hantam saja la...