Sep 10, 2008

Al-Fatihah

Semalam aku menerima khabar berita yang kurang baik. Biras aku (Ila) yang sedang mengandung 6 bulan dikhabarkan anak dalam kandungannya telah meninggal dunia. Innalillah... Sepatutnya, semalam nak keluarkan baby tu dan terus nak hantar ke kampung untuk uruskan jenazah. Tapi tak kesampaian sebab Ila masih belum sakit nak bersalin. Nak kena tunggu ke?.... Hari Isnin malam masa aku melawat, katanya air ketuban dah dikeluarkan, darah pun dah berenti... tapi nak kena tunggu sakit baru nak keluarkan. Subhanallah... apa la khabarnya baby dalam perut tu...

Kesian jugak aku tengokkan Ila tu, dah naik pucat muka dia... nampak sangat dia frust dan sedih... Baru je bulan lepas sebelum puasa, aku ada buat makan2 kat rumah, dan dia datang... masa tu aku baru tau dia mengandung... mana tidaknya jarang dapat jumpa... Aku tengok perut kecik je... tapi takde la suspect apa-apa sebab masa aku pregnant 1st baby dulu pun, masa 6 bulan aku still boleh pakai seluar jeans...

Tapi Allah lebih menyayangi baby tu... mungkin ada hikmah disebalik semua ni yang kita tak dapat nak tau sekarang... Aku harap2 dia pun dapat terima ketentuan Ilahi ni. Insyaallah, ada rezeki lagi nanti. Tengah hari ni aku nak gi tengok dia kat sepital, kot-kot dah bersalin.

2 comments:

Mum and Roses said...

Ni adik Rais yang baru kahwin hari tu ke...? kesiannye.. sorry to hear.

Rais & Azizah said...

a'ah... first baby.. maybe takde experience. Dia tak perasan nak track baby movement.